Semuanya angkara Van Dijk - Utusan Malaysia

Semuanya angkara Van Dijk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 5 MAC – OLE Gunnar Solskjaer mengikut jejak langkah Jose Mourinho apabila bertindak tinggal di hotel yang pernah diduduki bekas pengurus Manchester United itu.

OLE GUNNAR SOLSKJAER
OLE GUNNAR SOLSKJAER 

Tidak seperti Mourinho, pengendali Norway itu bukan sengaja memilih untuk menginap di Hotel Lowry sebaliknya berpunca daripada pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk yang tinggal di rumahnya. Solskjaer mengambil alih tugas pengurus di Old Trafford, Disember lalu, selepas Mourinho dipecat.

Keputusan itu bukan sahaja mengejutkan ramai penyokong United, tetapi, juga dirinya sendiri. Namun, apa yang menjadi masalah ialah Solskjaer telahpun menyewakan kediaman mewahnya di Cheshire kepada bintang Belanda, Van Dijk.

Kediaman bernilai 4 juta pound (RM21.48 juta) yang dibeli Solskjaer ketika masih bergelar pemain Red Devils, pernah berada dalam pasaran jualan, beberapa tahun lalu. Ekoran gagal dijual, Van Dijk menyewa kediaman itu selepas berpindah ke Liverpool dari Southampton.

“Kediaman itu diduduki Ole bersama keluarganya sejak dia bermain bersama United dan apabila berpindah, dia mahu jual rumah itu. Bagaimanapun, tiada siapa berminat tetapi selepas dibuka untuk sewaan, Van Dijk yang ketika itu baharu menyertai Liverpool berminat menduduki rumah itu selepas melihatnya.

“Ole tidak jangka dia kembali ke Manchester tetapi ironinya dia tak boleh berpindah ke rumahnya,” kata sumber kepada Sun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN