Pakistan tahan dipercayai 44 militan selepas serangan bunuh diri Kashmir - Utusan Malaysia

Pakistan tahan dipercayai 44 militan selepas serangan bunuh diri Kashmir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD 5 Mac – Pakistan telah menahan dipercayai berpuluh militan selepas serangan bunuh diri di Kashmir pentadbiran India pada bulan lalu.

Menurut sumber keselamatan, mereka yang ditahan daripada kumpulan haram tersebut adalah Abdul Rauf iaitu adik bongsu kepada Ketua Jaish-e-Mohammad (JeM), Masood Azhar.

Sementara itu, Menteri Dalam Negerinya, Shehryar Afridi berkata, Abdul telah disenaraikan dalam laporan bukti serangan itu yang diberikan India.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita telah melancarkan tindakan keras terhadap organisasi yang dikatakan dan menahan 44 individu termasuk Mufti Abdul Rauf dan Hammad Azhar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, Shehryar tidak memberikan nama-nama tahanan lain, mengesahkan tahanan daripada kumpulan mana atau dakwaan akan dibuat atau tidak.

Terdahulu, JeM yang berpangkalan di Pakistan mengaku bertanggungjawab dalam serangan bunuh diri pada 14 Februari lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini