1,000 penduduk resah - Utusan Malaysia

1,000 penduduk resah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA 5 MAC – KEBAKARAN yang menyebabkan seorang orang kurang upaya (OKU) rentung dan tiga buah rumah terjejas dua minggu lalu menjadi tragedi yang tidak dapat dilupakan penduduk di Kampung Baru Triang di sini.

LIM TIAN SENG
LIM TIAN SENG 

Kejadian itu turut menyebabkan lebih 1,000 penduduk di kampung berkenaan kini hidup dalam keresahan dan kebimbangan ekoran tekanan air rendah yang mengakibatkan usaha

memadam kebakaran terjejas.

Difahamkan, dalam kejadian kebakaran pada 20 Februari lalu itu, pasukan Bomba dan Penye­lamat Triang yang bergegas ke tempat kejadian gagal bertindak akibat tekanan air rendah.

Susulan itu, anggota bomba terlibat terpaksa menunggu ban­tuan daripada jentera bomba lain bagi membawa air termasuk bantuan lori tangki bomba dari Temerloh yang mengambil masa kira-kira 45 minit untuk ke tempat kejadian.

Seorang wakil penduduk, Lim Tian Seng, 60, berkata, susulan kejadian itu menyebabkan penduduk berdekatan bimbang berlaku kebakaran yang boleh memusnahkan lebih banyak rumah pada masa akan datang.

Katanya, meskipun balai bomba terletak berhampiran, ia sudah tentu tidak dapat membantu sekiranya air paip gagal dipam ke kawasan tersebut.

“Pada hari kejadian, bomba yang datang mengalami ma­salah kerana tiada air menyebabkan api terus marak ke dua lagi rumah sehingga lori tangki bomba sampai.

LEONG YU MAN
LEONG YU MAN 

“Diharapkan masalah ini dapat diatasi dengan segera kerana ia meresahkan kami dan melibatkan keselamatan penduduk di lebih 200 buah rumah di sini,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Triang, Muhammad Redzuan Rahimpudin mengakui, anggotanya yang sampai awal sebelum menerima panggilan telefon gagal bertindak ekoran masalah air.

Selain itu katanya, tiga pili bomba rosak menyebabkan me­reka terpaksa menge­pam air pili yang terletak jauh daripada kawasan kebakaran.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Triang, Leong Yu Man berharap, isu tekanan air rendah di kawasan Bera dapat diatasi segera de­ngan usaha menaik taraf loji air di situ.

“Saya juga menggesa pili bomba dapat diselenggara de­ngan baik dan akan meminta su­paya sebuah lori tangki disediakan di Balai Bomba Bera,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN