MOSCOW 5 Mac – Konflik antara beruang kutub dan manusia kemungkinan meningkat dengan aktiviti Moscow bertambah di Artik yang semakin panas hari ini.
Pada bulan lalu, lebih 50 beruang kutub pergi ke Kampung Belyushya Guba yang terletak di utara kepulauan Novaya Zemlya.
Menurut pakar beruang kutub, sebab utama haiwan tersebut datang berhampiran manusia adalah laut yang lambat membeku.
Memuatkan artikel berkaitan…
Katanya, perkara itu yang menghalang beruang kutub memburu anjing laut seterusnya mencari sumber alternatif makanan.
Peningkatan aktiviti manusia di Artik oleh Rusia dengan projek-projek tenaga, pelayaran Northern Passage serta kepentingan strategik ketenteraan membuatkan pakar menjangka lebih banyak konflik manusia dan haiwan bakal berlaku. – AFP











