Kebakaran: Laluan Jerantut-Maran ditutup - Utusan Malaysia

Kebakaran: Laluan Jerantut-Maran ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT 5 Mac – Laluan Jerantut-Maran ditutup sementara waktu ekoran kebakaran belukar di tepi jalan utama berhampiran Taman Perdana, di sini hari ini.

Pengguna jalan raya dari arah pusat bandar terpaksa dilencongkan ke laluan alternatif di Taman Impian untuk ke Jengka dan Maran.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang ini, dua jentera bomba bersama lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut dilihat memadam kebakaran bagi mengelak api terus marak.

Dua jentera bomba sukarela dari Damak turut membantu memadamkan kebakaran berhampiran kawasan perumahan berdekatan.

Difahamkan, terdapat beberapa kebakaran di kawasan hutan dan semak sekitar daerah ini ekoran cuaca panas.

Sehubungan dengan itu, orang ramai diingatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka dan membuang puntung rokok di kawasan mudah terbakar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN