Gurugram bandar paling tercemar di dunia - Utusan Malaysia

Gurugram bandar paling tercemar di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG 5 Mac – India ‘menyumbang’ kepada tujuh daripada 10 bandar dunia dengan pencemaran udara terburuk.

Gurugram, bandar di pinggir ibu kota New Delhi, merupakan bandar paling tercemar di dunia, menurut laporan Greenpeace dan AirVisual, dengan purata indeks kualiti udara pada tahun lalu sekitar 135.8, hampir tiga kali ganda daripada tahap yang ditetapkan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA) sebagai sihat.

Dalam dua bulan tahun lepas, indeks kualiti udara Gurugram berada di atas 200 dan EPA menetapkan indeks itu sebagai sangat tidak sihat dan memberi amaran bahawa semua orang mungkin mengalami kesihatan yang lebih serius.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut laporan CNN, berdasarkan laporan tersebut, pencemaran udara dijangka menyebabkan sekitar tujuh juta kematian pramatang seluruh dunia pada tahun depan dan memberi kesan besar kepada sektor ekonomi.

Masalah pencemaran udara amat ketara di Asia Selatan dengan 18 daripada 20 bandar paling tercemar adalah di India, Pakistan atau Bangladesh, termasuk pusat-pusat populasi utama di Lahore, Delhi dan Dhaka, masing-masing berada di kedudukan kesepuluh, 11 dan 17 pada tahun lalu.

Bandar raya di China yang paling tercemar pada tahun lalu adalah Hotan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini