PRK DUN Rantau:Peluang BN,PH sama rata - Utusan Malaysia

PRK DUN Rantau:Peluang BN,PH sama rata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Mac – Komposisi kaum di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau bukan jaminan untuk mana-mana parti bertanding memperoleh kemenangan mudah.

Jelas penyandang kerusi DUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan, situasi itu menyebabkan beliau yang akan menjadi calon Barisan Nasional (BN) dan calon PH perlu bekerja kuat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) tersebut.

“Saya khususnya akan mempertahankan kerusi tersebut perlu bekerja lebih kuat dan tertib. Sudah tentu saya bersedia dan seperti saya cakap bahawa saya tak akan lari.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Itu kampung saya tempat saya membesar, sekolah dan lahir di situ. Tak akan saya nak lari,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat membentuk jawatankuasa induk UMNO dan Pas di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden parti berkata, beliau berharap calon lawan akan bertanding secara matang dan memberi peluang kepada masyarakat memilih secara demokrasi.

“Apa rakyat pilih itu yang akan mewakili mereka. Kita tak perlu melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam peraturan pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan kemenangan BN dalam dua PRK baru-baru ini, sokongan akar umbi terhadap UMNO serta BN di DUN Rantau dilihat semakin menggalakkan.

Walau bagaimanapun, Mohamad berkata, walaupun akar umbi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak sekuat sokongan PKR tetap menjadi ancaman kepada BN dan UMNO.

“Tak boleh pandang ringan walaupun tak sehebat dijangkakan tapi saya tak boleh pandang ringan. Perlu berhati-hati dan bekerja kuat untuk pastikan kerusi Rantau kekal milik BN,” katanya. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini