[VIDEO] Ikan lumba-lumba tersesat di Pantai Sungai Sembilang - Utusan Malaysia

[VIDEO] Ikan lumba-lumba tersesat di Pantai Sungai Sembilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR – Pengunjung di Pantai Sungai Sembilang, dekat Pantai Remis, Jeram, di sini gempar apabila seekor ikan lumba-lumba ditemui di kawasan perairan berbatu, di tepi pantai tersebut, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, ikan lumba-lumba lebih dari semeter dan seberat hampir 40 kilogram didapati mengalami luka ringan akibat terkena batu pantai.

Seorang pengunjung, Husin Jaumar, 58, berkata, kelibat haiwan itu disedari berenang di kawasan berkenaan ketika sedang bersantai dengan beberapa rakannya di sebuah warung di tepi pantai tersebut. 

“Saya tidak menyangka benda hitam yang  hanyut ke arah pantai itu rupa-rupanya seekor ikan lumba-lumba. 

“Ini adalah kali pertama dia melihat dan memegang ikan lumba-lumba sejak menjadi nelayan lebih 30 tahun,” katanya ketika ditemui di pantai tersebut. 

Menurut Hussin, dia bersama seorang rakan kemudiannya mengangkat mamalia itu jauh dari kawasan berbatu sebelum melepaskannya sewaktu air laut pasang. 

Ujarnya, penemuan ikan lumba-lumba itu turut dimaklumkan kepada Jabatan Perikanan dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). 

“Pada masa sama, saya berusaha menolak ikan lumba-lumba itu ke tengah laut selepas air pasang sejam kemudiannya. 

“Ikan lumba-lumba itu didapati beberapa kali patah balik ke arah pantai sebelum akhirnya dia berenang ke laut lepas
“katanya.

Sementara itu, Pegawai APM Daerah Kuala Selangor, Kapten (PA) Shaiful Azril Bin Zainal, berkata, seramai tiga anggota telah dikejarkan lokasi kejadian sebaik menerima panggilan berhubung  penemuan mamalia itu pada pukul 3.45 petang. 

“Bagaimanapun, sebaik sampai didapati ikan lumba-lumba tersebut telah dilepaskan orang ramai ke laut,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN