Rap Saharul seperti P. Diddy, Snoop Dogg - Ajai - Utusan Malaysia

Rap Saharul seperti P. Diddy, Snoop Dogg – Ajai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Lama menyimpan hasrat, pelakon Saharul Ridzwan akhirnya melangkah setapak ke hadapan dalam kerjaya seninya apabila muncul dengan single perdana berjudul Buku Putih.

Menampilkan Ajai dalam lagu tersebut, lebih manis lagi, lirik lagu itu ditulis sendiri oleh Saharul sementara melodi oleh komposer profilik berkenaan.

“Alhamdulillah Wake The Baby (syarikat milik Ajai) melamar saya untuk menjadi artis rakaman. Saya kira ini merupakan satu kepercayaan atau penghormatan yang tidak harus saya sia-siakan. 

“Saya akui memang tidak boleh menyanyi tetapi saya minat rap. Yang saya tekankan bukan nyanyian namun bakat penulisan lirik,” kata Saharul, 30, ketika ditemui Kosmo! di ibu negara sebentar tadi. 

Sementara itu, percaya dengan nyanyian rap Saharul, Ajai atau nama sebenarnya, Mohd. Faizal Maas mengakui Saharul memang tidak boleh menyanyi namun bakat penulisan liriknya wajar diketengahkan. 

“Saya bekerja dengan Saharul bukan untuk populariti namun bagi saya, dia ada bakat penulisan yang bagus. 

“Dia memang tidak boleh menyanyi pun. Rap bukan tentang nyanyian tapi berkata-kata. Rap yang dibawa Saharul ke arah artis antarabangsa era 1980-an hingga 1990-an seperti P. Diddy, Snoop Dogg dan Ice Cube. 

“Cara dia Saharul bukan jenis triplet (yang laju) namun dia sebut satu persatu perkataan dan itu menenangkan telinga saya,” kata Ajai. 

Klip video Buku Putih sudah boleh ditonton di laman perkongsian video, YouTube rasmi Sony Music Malaysia. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN