Hormati kesepakatan PH - Utusan Malaysia

Hormati kesepakatan PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Mac – Pemimpin dan ahli dalam Pakatan Harapan (PH) diminta mematuhi ketetapan yang telah disepakati bersama iaitu menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR, 05 Mac 2019 – Pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen di Bangunan Parlimen di sini hari ini.Gambar FAUZI BAHARUDIN Pemberita Azrul Hakimi (Meja Am)

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap ketetapan itu dihormati dan diangkat ke peringkat tertinggi oleh semua ahli.

“Saya nasihat ahli-ahli parti termasuk ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) supaya menghormati semangat PH, pertamanya pendirian Keadilan untuk menyokong Tun Dr. Mahathir seperti mana kita sepakati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan ADUN Batu Uban, A. Kumaresan yang menggesa Ahli Parlimen Port Dickson itu segera menjadi Perdana Menteri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN