KARACHI 5 Mac – Pakistan telah menghalang kapal selam India dari memasuki perairannya dengan hubungan kedua negara yang tegang baru-baru ini.
Jurucakap tentera laut Pakistan dalam kenyataan berkata, tentera laut Pakistan telah menghalang kapal selam India dari memasuki perairan negaranya.
“Kapal selam India tidak bertindak selari dengan polisi kerajaan untuk mengekalkan keamanan,” jelas kenyataan itu.
Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut termasuk tarikh kejadian dan di mana kapal selam itu dikesan.
Malah tidak jelas maksud mereka iaitu 12 batu nautika had laut wilayah atau zon ekonomi eksklusif 200 batu nautika lokasi penemuan. – AFP










