Kerugian Khazanah: ‘Terima Kasih PH’ - Utusan Malaysia

Kerugian Khazanah: ‘Terima Kasih PH’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Mac- Kerugian Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) kira-kira RM6.3 bilion menjadi bukti kegagalan dalam pengurusan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Shahril Sufian Hamdan

Malah, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan secara sinis berkata, kerugian tersebut berjaya menunjukkan ‘kecekapan’ kerajaan PH yang sebelum ini menuduh Barisan Nasional (BN) menjadi penyumbang kepada negara gagal.

Selain itu, katanya, sebab utama Khazanah rugi adalah kerana banyak keputusan tidak konsisten dan permainan sentimen berterusan oleh kerajaan PH.

“Terima kasih di atas kecekapan PH mentadbir negara. Kerajaan BN dituduh penyebab hutang negara Malaysia terlalu tinggi sehingga menjadikannya hampir kepada negara gagal.

“Selain itu, banyak keputusan yang dibuat kerajaan PH tidak konsisten dan memainkan sentimen berterusan menyebabkan pelabur lari serta takut untuk melabur di Malaysia. Terbuktilah punca utama Khazanah rugi bukanlah kerana dasar BN sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan hari ini membentangkan Ulasan Tahunan Khazanah 2019 (KAR 2019) yang menyaksikan bukan sahaja syarikat itu mengalami kerugian, malah turut mencatatkan penurunan nilai aset yang signifikan. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN