RCI Wang Kelian bermesyuarat esok - Utusan Malaysia

RCI Wang Kelian bermesyuarat esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA –  Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi isu pemerdagangan manusia dan kubur di Wang Kelian di Perlis akan mengadakan mesyuarat kali pertama esok. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusinya, Tun Ariffin Zakaria berkata, pertemuan dengan enam ahli RCI lain itu antara lain bagi merangka tindakan seterusnya bagi menyelesaikan siasatan terhadap isu berkenaan.

“Ini pertama kali kita bertemu antara satu sama lain. Kita akan merangka program dan garis masa bagi siasatan ini.

“Saya perlu mendengar pendapat daripada ahli-ahli yang lain,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelantikan Ahli RCI Wang Kelian di Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada majlis itu, Muhyiddin mengumumkan pelantikan Ariffin yang merupakan bekas Ketua Hakim Negara sebagai Pengerusi RCI bagi isu pemerdagangan manusia dan kubur di Wang Kelian, Perlis lebih tiga tahun lepas.

Beliau akan dibantu oleh Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai selaku Timbalan Pengerusi.

RCI itu akan dianggotai oleh bekas Ketua Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Noorbahri Baharuddin; bekas Ketua Penyelidik Pejabat Peguam Negara, Datuk Junaidah Abdul Rahman; Pengerusi Suhakam, Tan Sri Razali Ismail; Bekas Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussin serta bekas Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Dr. Tan Seng Giaw.

Tugas dan tanggungjawab RCI itu antara lain meliputi aspek penyiasatan kejadian melalui penelitian semua dokumen dan bukti berkaitan dengan kes penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian.

RCI itu juga akan menyiasat prosedur semasa dan selepas kejadian yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa; menjalankan siasatan (inkuiri) terhadap pegawai-pegawai penyiasat, saksi-saksi dan mana-mana individu yang difikirkan perlu.

RCI itu akan mengambil masa enam bulan untuk melengkapkan siasatan sebelum dapatan siasatan serta syor-syornya dikemukan kepada Yang di-Pertuan Agong. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN