Amnesty bimbang penahanan wartawan Mozambique - Utusan Malaysia

Amnesty bimbang penahanan wartawan Mozambique

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAPUTO, Mozambique 5 Mac – Ketakutan meningkat setelah wartawan Mozambique yang ditahan selama dua bulan berada dalam ‘keadaan kritikal’ di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Rantau Afrika Selatan Amnesty International, Deprose Muchena berkata, Amade Abubaca yang bekerja di radio dan televisyen Comunitaria Nacedje de Macomia ditahan atas tuduhan melakukan pengintipan sejak 5 Januari lalu.

Katanya, pihaknya telah menerima ‘laporan boleh dipercayai’ bahawa Amade telah dilayan dengan kasar dan dinafikan menerima rawatan perubatan.

“(Mereka) perlu disiasat secara terperinci dan telus serta suspek bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

“Amade dipenjarakan hanya kerana menjalankan tugas sebagai wartawan, mendedahkan kesengsaraan dialami orang awam ekoran serangan mati di Cabo Delgado,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN