Peruntukan RM69 juta dilulus, selesaikan isu air di Tanjung Dawai - Utusan Malaysia

Peruntukan RM69 juta dilulus, selesaikan isu air di Tanjung Dawai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERBOK 5 Mac – Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM69 juta bagi melakukan kerja-kerja menaik taraf loji air di Bukit Selambau dan Tupah di kawasan Parlimen Merbok.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ahli Parlimen Merbok, Nur Azrina Surip berkata, kerja-kerja yang dijangka mengambil masa selama setahun itu akan dilaksanakan oleh Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd (SADA).

Jelas beliau, jika siap kelak, ia dijangka mampu menyelesaikan masalah air yang dihadapi penduduk khususnya di kawasan Tanjung Dawai.

“Pada masa ini, penduduk di kawasan itu terpaksa mendapatkan bekalan air bersih untuk kegunaan harian dari loji Pinang Tunggal di Sungai Petani selain lori-lori SADA,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Insentif Pertanian dan Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Daerah Kuala Muda di Pusat Kecemerlangan Pertanian Ban Merbok di sini, hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Pertanian Negeri, Eliyas Saad dan Pegawai Pertanian Daerah Kuala Muda, Nor Hafizah Abdul Rahman.

Menurut Nur Azrina, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan Pusat kini sedang menangani isu berkenaan secara serius. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN