Kes kanak-kanak dikurung satu pengabaian - Utusan Malaysia

Kes kanak-kanak dikurung satu pengabaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI 5 Mac – Kejadian seorang kanak-kanak perempuan yang dikurung bersendirian ibunya selama lima hari di rumah mereka di Taman Hijrah, Kangar, Perlis, sejak Rabu lalu, adalah jelas merupakan satu pengabaian.

Timbalan Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai siapa yang bersalah dalam isu tersebut, namun itu adalah satu kes kecuaian.

“JKM sudah masuk untuk menyelamatkan kanak-kanak itu yang kini di bawah jagaaan jabatan tersebut selain kes itu masih di bawah siasatan polis.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi saya tak nak komen mengenai siapa yang bersalah, tapi memang jelas ada kes kecuaian di mana kanak-kanak diabaikan dan itu yang kita boleh lihat berdasarkan berita dibaca,” katanya kepada pemberita pada sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2019 peringkat negeri di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi Pertubuhan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Kerajaan Johor (Jasmine), Datin Nora Mohd. Som dan Pengerusi Jawatankuasa Pembanguna Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung.

Hannah berkata, kes seumpama itu tidak boleh lagi dianggap sebagai saranan tetapi lebih kepada amaran kerana sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menjaga anak-anak mereka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini