Maritim Malaysia buat pelayaran ihsan bantu warga UK diserang strok - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia buat pelayaran ihsan bantu warga UK diserang strok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 5 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu melakukan pelayaran ihsan membawa seorang wanita warga United Kingdom untuk menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HNSZ) di sini petang semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, Yat Tai, 66, dikejarkan ke HSNZ selepas diserang strok semasa berada di atas kapal persiaran mewah Celebrity Millennium yang ketika itu berada di kedudukan 56 batu nautika dari muara Kuala Terengganu.

Katanya, selepas menerima maklumat daripada Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang kira-kira pukul 2.45 petang, Bot Pengawal 16 segera ditugaskan bagi memberi bantuan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bot Pengawal 16 tiba di jeti Maritim Malaysia Terengganu pada pukul 6 petang dan seterusnya pesakit yang diiringi suami dan jururawat kapal dibawa menaiki ambulans ke HSNZ untuk menerima rawatan.

“Kapal mewah itu dalam pelayaran dari Singapura menuju ke Incheon, Korea Selatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Muhammad Suffi, Maritim Malaysia sentiasa bersiap sedia memberi perkhidmatan dan bantuan kecemasan kepada masyarakat serta agensi-agensi kerajaan apabila berdepan kecemasan atau bencana. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini