Liverpool belum menyerah kalah - Utusan Malaysia

Liverpool belum menyerah kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Liverpool perlu menyalahkan diri sendiri selepas membuka jalan buat Manchester City merampas status pendahulu Liga Perdana England (EPL) daripada mereka ketika seri tanpa jaringan dengan Everton di Goodison Park awal pagi semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Skuad kendalian Jurgen Klopp gagal meledakkan sebarang gol pada pertemuan derbi dengan jiran mereka itu, sekali gus menyaksikan City memintas mereka dengan kelebihan satu mata hasil kemenangan ke atas Bournemouth Sabtu lepas.

Ini kali pertama skuad kendalian Pep Guardiola itu merampas semula kedudukan selaku pendahulu liga sejak Disember lalu yang mana pada waktu tersebut Liverpool selesa di depan dengan kelebihan tujuh mata.

Dengan saingan hanya berbaki sembilan perlawanan lagi untuk ditamatkan, Klopp menjelaskan dia tetap percaya pasukannya masih mampu menamatkan 29 tahun kemarau kejuaraan pada musim ini meskipun terlepas takhta sebagai pendahulu EPL.

“Saya rasa tidak perlu untuk saya beri nasihat kepada pemain pasukan ini kerana mereka sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Mereka bukannya budak kecil lagi.

“Kami tidak terkejut dengan prestasi hebat yang kami pamerkan sepanjang musim ini dan juga pencapaian kami menduduki tangga pertama liga.

“Tetapi, apabila kamu berada di tangga teratas, kamu perlu bersedia menghadapi segala perkara yang berlaku. Kadangkala orang ingat semuanya sudah selesai apabila berada di tangga teratas, namun sebenarnya perjalanan masih lagi panjang,” jelas Klopp.

Klopp juga percaya masih banyak lagi ‘drama’ yang bakal terjadi dalam baki masa dua bulan musim ini, sekali gus menghangatkan semula perebutan gelaran liga.

“Saya dapat rasakan kami sudah bersedia melakukannya. Hari ini (semalam) satu pertemuan yang sukar buat kami dan ia adalah salah kami sendiri kerana gagal menyempurnakan banyak peluang yang terhidang,” jelasnya lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN