Wai Sze rangkul gelaran dunia acara Keirin - Utusan Malaysia

Wai Sze rangkul gelaran dunia acara Keirin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRUSZKOW. Poland – Pelumba Hong Kong, Lee Wai Sze sekali lagi melakar kejutan apabila menjuarai gelaran Keirin wanita buat kali pertama di Kejuaraan Berbasikal Trek Dunia 2019 di Pruszkow, Poland awal pagi semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Wai Sze memenangi gelaran tersebut dengan menewaskan pelumba Australia, Kaarle McCulloch dan Daria Shmeleva dari Rusia, sekali gus menebus kehampaannya ketika memenangi pingat perak pada edisi tahun lalu di Apeldoorn, Belanda.

Sebelum ini, pelumba berusia 31 tahun itu turut memenangi gelaran pecut wanita buat kali pertama selepas me­nundukkan pelumba Australia, Stephanie Morton, Sabtu lalu.

“Tiada ungkapan yang mampu saya ucapkan ketika ini. Seperti tidak percaya saya dapat memenangi dua gelaran dunia dalam kejohanan ini.

“Selepas kecewa di Belanda tahun lalu, saya telah tetapkan sasaran untuk menebusnya pada kali ini. Mujurlah ianya berjaya direalisasikan, namun perjalanannya bukan sesuatu yang mudah,” jelas Wai Sze.

Sementara itu, pelumba muda Belanda, Harrie Lavreysen menjuarai acara pecut individu lelaki selepas melakukannya dalam acara berpasukan pada Rabu lalu.

Lavreysen, 21, menewaskan rakan senegara, Jeffrey Hoogland dengan kelebihan 0.198 saat dalam dua pusingan perlumbaan final semalam. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN