Malaysia sasar juara Piala Air Marine 2019 - Utusan Malaysia

Malaysia sasar juara Piala Air Marine 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Mac – Biarpun memiliki ranking paling rendah dalam kala­ngan empat negara yang bertanding pada kejohanan jemputan Piala Air Marine 2019, namun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) optimis kejuaraan mampu diraih Harimau Malaya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Diundi menentang Si­ngapura dalam separuh ­akhir meningkatkan keyakinan Malaysia untuk me­langkah ke final, sebelum berdepan pemenang antara Oman dan Afghanistan dalam perebutan gelaran.

 

Oman turun sebagai pasukan terbaik dalam kejohanan yang akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil dari 20 hingga 23 Mac itu selepas menghuni ranking ke-90 dunia, diikuti Afghanistan (147), Singapura (165) dan Malaysia 167.

“Semestinya kami mahu Malaysia muncul juara kerana kita perlu positif bermain di laman sendiri dan harus melakukan persediaan terbaik.

“Walaupun kita tahu ketiga-tiga pasukan lawan memiliki ranking lebih tinggi daripada kita.

“Pada awalnya saya mengharapkan kita bertemu Oman kerana pasukan itu berada di ranking tertinggi. Ia akan membantu kita mendapat mata (ranking). Pasukan Cheng Hoe harus menang dengan Singapura dan bertemu Oman atau Afghanistan di final,” kata Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin dalam majlis undian hari ini.

Kata Hamidin, kejohanan itu penting untuk membantu Harimau Malaya meraih seberapa banyak mata untuk melonjak ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN