Buaya 3 meter dalam longkang Kampung Jawa, Kuantan - Utusan Malaysia

Buaya 3 meter dalam longkang Kampung Jawa, Kuantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Penduduk Kampung Jawa di sini gempar selepas seekor buaya dipercayai berukuran kira-kira tiga meter panjang ditemui berenang di tali air perumahan itu semasa kejadian malam ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chong Siang berkata, penemuan buaya tersebut telah dimaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang.

“Perhilitan sedang dalam perjalanan (pukul 10.28 malam tadi) untuk menangkap buaya itu selepas mendapat laporan penduduk.

“Saya dimaklumkan, penduduk di sini menyedari kehadiran buaya itu sejak pukul 8.30 malam tadi,” kata beliau.

Difahamkan, ia merupakan kejadian pertama reptilia berkenaan dilihat berenang di tali air perumahan tersebut yang mengalir ke Sungai Kuantan di sini. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN