50 rumah terbakar di kem pelarian Myanmar - Utusan Malaysia

50 rumah terbakar di kem pelarian Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 4 Mac – Kebakaran berlaku di kem yang menempatkan kira-kira 9,000 pelarian di Daerah Umphang dalam Wilayah Tak di barat Thailand hari ini, memusnahkan kira-kira 50 buah rumah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Ketua Daerah Umphang, Kasem Taku berkata, kebakaran mula berlaku kira-kira 1.40 tengah hari (waktu tempatan) di kem pelarian Nu Po yang menempatkan hampir semua pelarian dari Myanmar.

Beliau berkata, kebakaran merebak dengan pantas di rumah atap itu, bagaimanapun anggota bomba berjaya mengawal kebakaran kira-kira pukul 3 petang (waktu tempatan).

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, pihak berkuasa belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa yang kehilangan tempat tinggal dalam kejadian itu.

Punca kebakaran masih disiasat, katanya.

Berpusat di The Border Consortium (TBC), kem Nu Po terletak kira-kira 68 kilometer dari Umphang, menempatkan kira-kira 9,000 orang dengan 84 peratus daripadanya adalah etnik Kren/Kayin.

TBC adalah badan yang bertugas menguruskan pelarian yang melarikan diri daripada konflik di Myanmar, dengan menyediakan makanan, tempat perlindungan dan bentuk sokongan lain kepada pelarian. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN