Lima maut dalam nahas helikopter di Kenya - Utusan Malaysia

Lima maut dalam nahas helikopter di Kenya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAIROBI, Kenya – Empat pelancong warga Amerika Syarikat (AS) dan seorang juruterbang warga Kenya terbunuh selepas helikopter yang dinaiki terhempas ke dalam tasik di sebuah pulau di barat laut Kenya, kata pihak polis hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kemalangan berlaku di Taman Negara Pulau Central di Tasik Turkana kira-kira pukul 8 malam (waktu tempatan) semalam, menurut polis dalam satu kenyataan.

Kesemua mereka yang berada di dalam helikopter tersebut maut.

“Kakitangan keselamatan yang dihantar ke lokasi kejadian mengesahkan bahawa empat daripada lima penumpang adalah warga AS sementara juruterbangnya pula warga Kenya,” katanya.

Punca kemalangan belum diketahui dan identiti kesemua penumpang akan diumumkan setelah keluarga mangsa mengesahkannya, menurut kenyataan sama. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN