Enam dan sembilan tidak perlu dijadikan isu - Kevin - Utusan Malaysia

Enam dan sembilan tidak perlu dijadikan isu – Kevin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kekeliruan undian yang membabitkan posisi pasukan nombor enam dan sembilan tidak perlu dijadikan isu utama selepas undian pusingan kedua Piala FA 2019 yang telah berlangsung mendapat pengesahan daripada panel bebas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Majlis undian di Damansara Performing Arts Centre (DPAC) sebentar tadi terdapat sedikit kekeliruan membabitkan kepada pasukan Kelantan dan Kedah.

Kontroversi tercetus apabila kesilapan Ahli Jawatankuasa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Christopher Raj memegang terbalik nombor posisi enam yang mulanya disangka sembilan sekali gus menyaksikan Kedah perlu bertemu Selangor United sementara Kelantan harus berdepan Selangor di Kota Bharu.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam menegaskan kekeliruan terbabit tidak seharusnya dijadikan isu apabila  keputusan undian telah disahkan oleh panel bebas.

“Kita ada wakil daripada pihak Undang Undang FAM, Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia (SAM) dan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) yang hadir menjadi saksi kepada undian hari ini. 

“Tiga panel bebas ini tidak terbabit dengan penyediaan perlawanan dan walaupun ada sedikit pertikaian mengenai kekeliruan itu, perkara terbabit sudah disahkan oleh tiga wakil itu sebagai salah satu perkara dalam operasi yang tidak menimbulkan apa apa masalah.

“Jadi saya ingin pastikan semua wakil pasukan yang hadir tidak mempunyai apa-apa isu berkenaan keputusan undian yang sudah disahkan oleh wakil bebas kita.

“Saya sudah menerima pengesahan keputusan daripada mereka dan saya harapkan ia tidak menimbulkan keraguan kepada penyokong,” katanya selepas majlis undian pusingan kedua Piala FA 2019 sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN