SYDNEY 4 Mac – Kardinal George Pell disaman oleh seorang lelaki yang mendakwa paderi itu mencabulnya dalam kolam renang dalam satu insiden pada 1970-an.
Memuatkan artikel berkaitan…
BBC melaporkan, Pell menafikan tuduhan tersebut yang dilaporkan berlaku di dalam sebuah kolam renang di Ballarat, Victoria.
Pell kini berdepan dengan beberapa pertuduhan melakukan jenayah penderaan seksual terhadap beberapa kanak-kanak lelaki. – AGENSI











