Pelajar tahfiz dijumpai semula selepas enam hari hilang - Utusan Malaysia

Pelajar tahfiz dijumpai semula selepas enam hari hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM – Seorang pelajar tahfiz di sini yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu akhirnya ditemui selepas kembali ke rumahnya di Seksyen 19, Shah Alam di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Muhammad Aqirul Shuhairen Mohd Suhaimi, 16, didapati pulang ke rumahnya pukul 3.55 petang. 

Ibu pelajar itu, Noorakidah Abdul Ghani @ Husin berkata, kehilangan anak kedua daripada empat beradik itu itu diketahuinya selepas dimaklumkan pihak pengurusan tahfiz tempat Muhammad Aqirul di Sungai Besar pada 26 Februari lalu. 

Katanya, anaknya itu didapati hilang pukul 4.30 pagi pada Khamis lalu selepas dikejutkan oleh warden asrama sekolah tahfiz tersebut sebelum Noorakidah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besar keesokan harinya. 

“Muhammad Aqirul memberitahu sepanjang tempoh itu di tinggal di rumah kawannya di Sungai Buloh di sini. 

“Dia turut memaklumkan berjalan kaki hingga ke sebuah stesen minyak sebelum menaiki bas ke Klang pada hari kejadian sebelum diambil rakannya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Noorakidah berkata, anaknya itu kemudiannya pulang ke rumah dengan menaiki perkhidmatan Grab. 

Bagaimanapun, Noorakidah menjelaskan sehingga kini Muhammad Aqirul tidak menyatakan punca sebenar dia bertindak demikian. 

“Saya bersyukur selepas Muhammad Aqirul berjaya ditemui semula dalam keadaan selamat. 

“Sepanjang tempoh itu, saya kerap berdoa supaya tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku kepada anak saya,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Suprintenden Nor Azmi Isa ketika dihubungi mengesahkan penemuan semula pelajar itu oleh keluarganya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN