Lapan rakyat Malaysia terkandas di Liberia tiba di KLIA - Utusan Malaysia

Lapan rakyat Malaysia terkandas di Liberia tiba di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Lapan rakyat Malaysia yang terkandas di Monrovia, Liberia sejak 4 Februari lalu selepas tertipu dengan sindiket pekerjaan, tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketibaan mereka yang kesemuanya berasal dari Sarawak itu disambut Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah. Mereka kemudian menaiki penerbangan pulang ke Sarawak. 

Mereka yang berusia 39 hingga 66 tahun terbabit terkandas di negara Afrika itu tanpa wang dan hanya bertahan berbekalkan beras yang diberikan rakyat Malaysia yang bekerja dengan syarikat Sime Darby di Liberia.

“Kalau tidak ada beras itu sudah pasti kami semua sudah mati,” kata Aji anak Surau, 39, sejurus tiba di KLIA.

Selain Aji, mereka yang terkandas ialah Bon anak Egat; Sallim Tahir; Suhaili Gani; Gawan anak Masin; Enyang anak Ato; Untol anak Luyang; dan Dingai anak Nyalak. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN