Piala AirMarine: Singapura jadi penghalang ke final - Utusan Malaysia

Piala AirMarine: Singapura jadi penghalang ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Mac.- Malaysia diundi bertemu Singapura dalam aksi separuh akhir Piala AirMarine pada 20 Mac ini manakala satu lagi perlawanan melibatkan Oman menentang Afghanistan.

Pasukan yang menang dalam aksi tersebut akan layak ke final manakala mereka yang tewas bermain merebut tempat ketiga dan keempat.

Piala AirMarine dianjurkan untuk menjadikan Harimau Malaya berada dalam kedudukan 34 terbaik di Asia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Skuad negara yang kini menghuni kedudukan ranking ke-35 dalam zon Asia dan ke-167 di ranking FIFA, perlu berada di tangga ke-34 bagi mengelakkan beraksi dalam pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022.

Tiket perlawanan akan mula dijual pada 1 Mac ini menerusi Proticket berharga RM45 untuk tempat duduk grandstand dan RM35 untuk tempat duduk terbuka.- UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini