Liga e-Sukan mampu cungkil bakat tempatan - Utusan Malaysia

Liga e-Sukan mampu cungkil bakat tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 3 Mac – Kementerian Belia dan Sukan akan memperkenalkan Liga e-Sukan dalam usaha mencungkil bakat yang boleh diketengahkan untuk mewakili Malaysia.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pemilihan peserta bagi liga tersebut dijangka bermula pertengahan bulan ini.

Fokus utama ketika kini adalah kepada pemilihan pemain bagi mewakili Sukan SEA di Manila yang bermula November ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Itu memang akan ada (Liga e-Sukan) sebab kita memang hendak ada liga dari bawah sampai ke atas supaya boleh cungkil bakat.

“Pada masa sama, kita boleh pasarkan perkembangannya yang saya rasa, pengikutnya sangat besar.

“Sebelum ini, kita memang ada (pertandingan) tetapi selalu ‘one-off’, satu pertandingan di peringkat pusat, siapa hendak masuk, semua boleh sertai,” katanya.

Beliau berkata demikian me­rasmikan Persidangan Industri Profesional e-Sukan di sini, hari ini.

Dalam perkembangan ber­kaitan, Syed Saddiq berkata, pasukan petugas khas e-Sukan yang telah ditubuhkan akan bertemu pemegang taruh pada bulan ini sebelum memuktamad­kan hala tuju serta garis panduan industri tersebut untuk lima tahun akan datang.

Beliau berkata, pasukan petugas khas itu antara lain akan melihat kepada peraturan dan undang-undang berkaitan e-Sukan termasuk atlet dan ekosistemnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini