IPG Kota Bharu ‘hidup’ kembali - Utusan Malaysia

IPG Kota Bharu ‘hidup’ kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 3 Mac – Institut Pendidikan Guru (IPG) Kota Bharu akan dikekalkan dan berperanan sebagai pusat melatih guru dari rantau Indochina.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, langkah memperkasa dan memperluas peranan institusi itu dibuat selepas mengambil kira kebitaraannya dalam aspek latihan guru serta potensinya yang mampu meningkatkan ekonomi negeri ini.

‘‘Saya secara khusus gembira dengan perkembangan terbaharu IPG Kota Bharu yang kini bukan sahaja kembali menjadi pusat latihan guru dalam negara, bahkan sudah mula melatih guru-guru dari selatan Thailand.

Memuatkan artikel berkaitan…

‘‘Hasrat kita ialah supaya IPG Kota Bharu dapat terus berkembang di peringkat antarabangsa sebagai pusat latihan guru negara-negara rantau Indochina seperti Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam,’’ katanya selepas menghadiri Majlis Kesyukuran dan Pemerkasaan IPG Kampus Kota Bharu, Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri, Datuk Husam Musa.

Maszlee memberitahu, setakat ini, IPG Kota Bharu sudah melatih 30 guru dari selatan Thailand melalui kursus pedagogi secara berkala dengan kerjasama Jabatan Bahasa institut tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini