COX’S BAZAR 3 Mac – Tentera Bangladesh hari ini menyerahkan kembali seorang anggota tentera Myanmar yang sesat merentasi sempadan hutan lebih dua bulan lalu.
Menurut Komander Wilayah Pengawal Sempadan, Brigadier Jeneral Sajedur Rahman, Aung Bo Bo Thein, 30, ditahan tentera Bangladesh berdekatan selatan pekan Naikhongchhari pada 24 Januari lalu.
“Dia telah merentasi sempadan dan ditemukan di dalam hutan. Hari ini kita menyerahkan dia kepada polis sempadan Myanmar melalui mesyuarat bendera,” katanya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Hubungan Bangladesh dan Myanmar menjadi regang sejak sekitar 740,000 muslim Rohingya melarikan diri dari Myanmar pada 2017 selepas tindakan ketenteraan di Rakhine. – AFP











