KUALA LUMPUR 2 Mac – Perkhidmatan PJ City Bus yang disediakan percuma kepada orang ramai di kawasan Petaling Jaya, Selangor akan mengalami gangguan berikutan penganjuran acara Malaysia Women Marathon, esok.
MBPJ dalam satu catatan facebook berkata, gangguan itu bermula dari pukul 6 pagi hingga 8.30 pagi bagi laluan PJ01 (Hab PJS 3/2 Taman Medan) dan laluan PJ02 (Hab stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Jaya).
“Sempena larian itu, tiga jalan akan ditutup sepenuhnya iaitu Persiaran Barat, Persiaran Timur dan Bulan Penchala ke Jalan Barat bermula dari pukul 12 tengah malam hingga 8.30 pagi.
“Selain itu, beberapa lagi jalan lain akan ditutup secara berperingkat antaranya Jalan Selangor ke Bulatan Assunta dan Jalan Templer ke Jalan Gasing yang akan ditutup satu laluan bermula 12 tengah malam hingga 8.30 pagi,” katanya. – UTUSAN ONLINE











