Polis tahan 12 individu positif dadah di pusat hiburan - Utusan Malaysia

Polis tahan 12 individu positif dadah di pusat hiburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 2 Mac – Polis Kota Kinabalu menahan 12 individu termasuk tujuh wanita kerana didapati positif dadah menerusi ujian air kencing dalam Op Pusat Hiburan Bersepadu di sebuah pusat hiburan di sini awal pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kenyataan di sini hari ini, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata suspek berumur 17 hingga 35 tahun itu adalah antara 63 individu yang diperiksa dalam serbuan kira-kira pukul 3.05 pagi.

“Kita telah menjalankan serbuan terhadap premis berkenaan kerana menerima maklumat bahawa premis itu beroperasi melebihi masa dan semasa serbuan itu kita mendapati pusat hiburan berkenaan masih beroperasi dan muzik dimainkan dengan kuat,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga menahan seorang lelaki berumur 49 tahun yang mengaku sebagai penjaga premis berkenaan dan turut merampas beberapa peralatan termasuk dua pemain cakera video digital (DVD) jenama Sony, dua monitor jenama Acer serta satu keping salinan lesen hiburan.

“Kesemua tangkapan dan rampasan berkenaan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut,” katanya.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN