Pusat hiburan diserbu polis, 31 GRO Vietnam ditahan   - Utusan Malaysia

Pusat hiburan diserbu polis, 31 GRO Vietnam ditahan  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Mac – Sebanyak 31 gadis pelayan (GRO) warga Vietnam ditahan dipercayai terlibat dengan kegiatan pelacuran dalam serbuan Op Noda di sebuah pusat hiburan di Jalan Perak di sini tengah malam tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam operasi bermula kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, kesemua suspek berusia 20 hingga 30 tahun ditahan oleh anggota Bahagian Antimaksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Superintenden Rohazah Alwi berkata, kegiatan itu menawarkan wanita warga asing yang berpenampilan ghairah bagi menggoda pelanggan untuk berhibur.

Menurut beliau, GRO ini dipercayai menerima bayaran antara RM50 dan RM100 bagi setiap seorang pelanggan serta mampu mengaut keuntungan mencecah RM500 sehari.

“Ketika serbuan, ada di antara mereka cuba meloloskan diri melalui laluan tersembunyi, namun gagal. Siasatan juga mendapati premis yang tidak berlesen ini telah beroperasi sejak 2017 serta pernah diserbu pada Disember tahun lalu.

“Kita juga turut menahan seorang lelaki tempatan yang merupakan pengurus premis selain merampas beberapa barangan antaranya mikrofon, resit perniagaan serta wang tunai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Rohazah, sebanyak 69 lelaki dan 15 wanita yang merupakan pengunjung premis turut diperiksa dalam serbuan berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 2003 dan Akta Imigresen 1959. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN