SPR harap capai 70 peratus keluar mengundi - Utusan Malaysia

SPR harap capai 70 peratus keluar mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 2 Mac – Walaupun jumlah peratusan keluar mengundi sehingga pukul 12 tengah hari ini hanya mencecah 44 peratus, namun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) optimis sasaran awal sebanyak 70 peratus dapat dicapai. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Sehubungan itu, Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun menyeru supaya semua pengundi berdaftar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih untuk keluar beramai-ramai menjalankan tanggungjawab masing-masing. 

Azhar Azizan juga berharap semua parti-parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk terus menggalakkan penyokong mereka keluar mengundi. 

“Setakat ini proses pengundian berjalan lancar. Pagi tadi pun saya lihat ramai yang sudah keluar mengundi dan waktu menunggu pun hanya kira-kira 20 hingga 30 minit sahaja. 

“Jika kita lihat PRK sebelum ini, trend pengundian memang seperti ini. Namun begitu, masih ada masa lagi dan kita tengok perkembangannya nanti. 

“Semasa PRK Parlimen Cameron Highlands pun kita dapat sehingga 68.9 peratus keluar mengundi. Jadi, saya harap kali ini dapat mencapai sekurang-kurangnya 70 peratus,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Rinching, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN