Pelik jika saya tiada di Old Trafford, musim hadapan - Utusan Malaysia

Pelik jika saya tiada di Old Trafford, musim hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 2 Mac – Ole Gunnar Solskjaer mengakui akan menjadi sesuatu yang ‘pelik’ sekiranya dia tidak menjadi pengurus Manchester United musim hadapan terutama selepas mengambil bahagian dalam video promosi tiket bagi musim 2019-20.

Solskjaer berada di kedudukan terbaik untuk mendapatkan jawatan tetap selepas menggantikan Jose Mourinho, Disember lalu dengan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 15 perlawanan.

“Saya terlibat dengan video promosi tiket musim hadapan, jadi saya meminta mereka untuk mendapatkan tiket.

“Keadaan akan menjadi pelik untuk melihat diri sendiri di dalam video tetapi saya tidak bersama mereka.

“Anak-anak saya melihat saya dalam video komersial itu dan kemudian saya pulang ke Norway, jelas sekali keadaan itu memang pelik.

“Ini adalah sebahagian daripada peranan saya untuk melakukan komersial. Sebagai pemain mereka juga sama tetapi apabila awak tidak bersama pasukan terutama selepas terlibat dengan rakaman video itu, memang keadaan akan menjadi pelik,” katanya.

Solskjaer merupakan calon terbaik untuk mengisi jawatan selaku pengurus tetap walaupun pengendali Tottenham, Mauricio Pochettino dikaitkan untuk mengisi kekosongan itu di Old Trafford musim hadapan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×