Liga Super: Ketumpulan Tchetche, Irfan Bakti hilang sabar - Utusan Malaysia

Liga Super: Ketumpulan Tchetche, Irfan Bakti hilang sabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Pengendali Terengganu Football Club I (TFC I), Irfan Bakti Abu Salim semakin hilang sabar dengan penyerang utamanya, Kipre Tchetche yang masih ketandusan gol termasuk pada aksi terbaharu Liga Super menentang Perak di laman sendiri malam tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, skuad kendaliannya bernasib baik dapat mengelak kekalahan apabila memperolehi sepakan penalti pada minit-minit akhir perlawanan yang berjaya disempurnakan Lee Tuck bagi mengikat Perak 1-1.

“Ini sudah lima perlawanan (Liga Super) masih gagal menjaringkan gol sedangkan musim lalu, dia (Tchetche) penjaring kedua terbanyak liga.

“Kalau Tchetche masih tidak boleh membuat sesuatu (menjaringkan gol) selepas ini, saya tiada pilihan lain selain memberikan surat amaran kepadanya,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam tadi.

Begitu pun, Irfan Bakti mengakui prestasi Tchetche yang juga kapten pasukan semakin menampakkan peningkatan dan jauh lebih baik berbanding empat aksi sebelum ini terutama pada pertemuan dengan Kuala Lumpur minggu lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN