MILAN 2 Mac – Luciano Spalletti tanpa berselindung melemparkan kritikan kepada Inter Milan selepas tewas 1-2 kepada Cagliari dalam saingan Serie A sambil menyifatkan pasukan kendaliannya bermain dengan teruk.
Selepas seri 3-3 di Fiorentina, Inter terus kehilangan mata di Arena Sardegna.
Walaupun Lautaro Martinez berjaya menyamakan kedudukan jaringan pembukaan Luca Ceppitelli namun jaringan voli Leonardo Pavoletti memastikan skuad kendalian Ronaldo Maran meraih mata penuh.
Walaupun persaingan terbuka diantara mereka bersama Roma dan AC Milan untuk slot Liga Juara-Juara, Spalletti mengakui sangat tidak berpuas hati dengan persembahan 45 minit pertama skuad Nerazzurri.
“Kita jangan cakap mengenai perincian perlawanan. Inter bermain dengan teruk pada separuh masa pertama.
“Kami lambat membuat keputusan, kami teragak-agak lakukan gerakan, kami perlahan dalam menggerakkan bola dan lambat melakukan serangan.
“Kami gagal dalam pertembungan individu. Cagliari menjaringkan gol yang sangat cantik menerusi larian di hadapan pertahanan kami.
“Kami ada kemampuan melakukannya tetapi tidak melakukannya,” kata Spalletti.
Inter sekali lagi beraksi tanpa kehadiran Mauro Icadi yang diketepikan sejak tidak lagi menjadi kapten bersama Keita Balde Daio.-AGENSI











