Abaikan perkara sekeliling - Ibrahimovic - Utusan Malaysia

Abaikan perkara sekeliling – Ibrahimovic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 2 Mac – Zlatan Ibrahimovic memberi amaran kepada penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe supaya tidak terikut-ikut dengan berita yang keluar mengenai dirinya.

Pemain berusia 20 tahun itu menunjukkan peningkatan prestasi luar biasa termasuk memainkan peranan penting ketika menjulang Piala Dunia bersama Perancis dan Trofi Kopa, anugerah baharu yang diberikan kepada pemain terbaik dunia di bawah usia 21 tahun.

Ibrahimovic yang meraih pelbagai kejuaraan sepanjang empat tahun bersama PSG jelas gembira dengan prestasi semasa Mbappe tetapi mengingatkan pemain muda itu supaya tidak terbawa-bawa dengan kejayaan semasa bagi membolehkan dia terus berada di kemuncak prestasinya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mbappe sungguh luar biasa. Dia masih muda, menjulang pelbagai trofi kejuaraan dan dia sedang dalam proses peningkatan prestasi.

“Dia hanya perlu terus fokus, abaikan perkara dan berita di sekelilingnya. Terus bekerja keras dan sudah pasti dia akan menjadi lebih berjaya,” kata Ibrahimovic.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini