[VIDEO] Kutip kayu terbuang bina rumah - Utusan Malaysia

[VIDEO] Kutip kayu terbuang bina rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RASAH 1 Mac – Hampir setiap pagi warga emas, Herman Dahlan, 68, dan isterinya, Noraini Jreos, 54, akan pergi ke kawasan pelupusan sampah dan sisa binaan di Taman Angsamas dekat sini.

Niat mereka adalah untuk mencari papan dan kayu terbuang di kawasan itu untuk dibawa pulang. Begitulah rutin mereka sejak bertahun-tahun lalu. Cari kayu dan papan buruk untuk membina rumah impian mereka.

Menurut Herman, pada masa ini dia telah menyiapkan kira-kira 40 peratus rumah yang dibinanya di tepi sungai di Kampung Mawar, Mambau di sini sejak setahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau dapat kayu, saya kutip dan buat rumah sedikit demi sedikit. Atap saja saya beli, lain-lain bahagian semua dari tempat sampah. Ada kayu yang tak berapa baik, agak reput.

“Saya tak ada modal untuk beli kayu baharu, saya usahakan apa yang ada. Memang rumah ini nampak tak sempurna, bagi saya asalkan siap sudah memadai untuk kami berteduh,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Herman, walaupun sudah uzur dan menghidap pe­nyakit darah tinggi namun dia tetap mengerah kudrat untuk menyiapkan rumah dua bilik tersebut.

“Saya panjat untuk pasang bumbung, buat pintu, tingkap dan dinding rumah. Saya bukan pandai bertukang tapi cuba mana yang termampu. Saya pernah terjatuh, mujurlah tak cedera teruk. Pergerakan juga terbatas kerana kaki bengkak selepas dipatuk ular tedung beberapa tahun lalu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN