Israel laku jenayah kemanusiaan – Hamas - Utusan Malaysia

Israel laku jenayah kemanusiaan – Hamas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA 1 Mac – Pergerakan Hamas menggesa Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas setiap jenayah yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.

Lapor Press TV, gesaan itu dibuat selepas satu siasatan dijalankan oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati, rejim Zionis berkemungkinan melakukan ‘jenayah kemanusiaan’ sebagai tindak balas terhadap protes penduduk Palestin di Gaza.

“Laporan itu menunjukkan Israel secara terang-terangan me lakukan jenayah perang terhadap penduduk Palestin yang membantah secara aman bagi menuntut hak kepulangan dan menarik balik kepungan di Gaza,” kata pegawai kanan Hamas, Bassem Naim.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam laporan terbaharu dikeluarkan PBB semalam, Pengerusi Suruhanjaya Siasatan Bebasnya, Santiago Canton berkata, rejim terbabit mencabul hak asasi manusia antarabangsa semasa menangani tunjuk perasaan Palestin di Gaza.

Katanya, tentera Israel me lakukan pelanggaran hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan dengan sebahagian daripada pelanggaran itu mungkin mencetuskan jenayah perang atau terhadap kemanusiaan.

“Lebih daripada 6,000 penunjuk perasaan Palestin tanpa senjata ditembak oleh penembak tepat Israel, seminggu demi seminggu di tempat bantahan.

“Suruhanjaya menemui bukti kukuh rejim Zionis melepaskan tembakan ke arah wartawan, pekerja kesihatan, kanak-kanak dan orang kurang upaya,” kata Canton.

Suruhanjaya itu juga menafikan dakwaan oleh Israel bahawa protes itu berselindung di sebalik aktiviti keganasan.

“Demonstrasi itu dilakukan oleh penduduk tempatan de-ngan tujuan politik yang jelas. Walaupun terdapat beberapa tindakan keganasan, namun suruhanjaya mendapati demonstrasi itu tidak mencetuskan pergaduhan atau kempen ketenteraan,” ujar kenyataan itu.

Lapor Al-Jazeera, suruhanjaya terbabit menjalankan 325 temu bual dengan mangsa, saksi dan beberapa sumber lain selain meneliti lebih daripada 8,000 dokumen, rakaman dron dan bahan berbentuk audio visual.

Dalam perkembangan berasingan, Peguam Negara Israel, Avichai Mandelblit mahu mendakwa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu atas kesalahan rasuah, penipuan dan penyalahgunaan kuasa dalam tiga siasatan berasingan berhubung rasuah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN