Banyak orang tidak suka saya – Prabowo - Utusan Malaysia

Banyak orang tidak suka saya – Prabowo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 1 Mac – Calon pilihan raya Presiden (Capres) Indonesia nombor dua, Prabowo Subianto beranggapan banyak pihak yang tidak suka dengan dirinya kerana beliau sering mengetengahkan isu-isu berkaitan masalah yang dihadapi rakyat.

Kompas yang memetik Prabowo sebagai berkata, antara masalah yang jelas kelihatan melanda masyarakat negara ini termasuk kekayaan negara yang mengalir ke luar.

“Ramai yang tidak suka dengan saya kerana saya timbulkan isu ini, tetapi ia harus diambil kira oleh semua pihak bagi memastikan kekayaan Indonesia menjadi milik rakyatnya,” katanya, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelas beliau, masalah itu juga menimbulkan pelbagai masalah lain termasuk defisit Badan Penyelenggara Jaminan Kesihatan Sosial (BPJS).

Selain itu, turut timbul masalah berhubung kebocoran maklumat bajet negara susulan kegiatan rasuah yang semakin berleluasa.

Kata Prabowo, kebocoran maklumat tentang bajet negara setiap tahun mencapai jumlah sehingga 1,000 trilion rupiah (RM288 juta).

“Saya tidak bercakap kosong kerana semua perkara ini mempunyai fakta dan data yang boleh dibuktikan.

“Semua bukti serta fakta mengenai masalah itu boleh dilihat dalam buku berjudul ‘Paradoks Indonesia’,” ujarnya.

Prabowo juga menjelaskan bahawa beliau enggan berbicara tentang permasalahan itu berdasarkan bukti semata-mata, malah ingin menganalisis bagaimana sistem ekonomi ‘membenarkan’ kekayaan negara terus mengalir keluar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN