Hina nabi: 3,000 berhimpun desak kerajaan PH lebih tegas - Utusan Malaysia

Hina nabi: 3,000 berhimpun desak kerajaan PH lebih tegas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 1 Mac – Medan Ilmu, di sini hari ini bergema dengan laungan ‘Jangan Hina Nabi Kami’ oleh kira-kira 3,000 umat Islam yan berkumpul bagi menyatakan bantahan terhadap golongan yang berani menghina Nabi Muhammad SAW sejak kebelakangan ini.

Mereka juga berkumpul bagi melahirkan kekesalan terhadap sikap kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dilihat masih berlembut terhadap individu yang melakukan penghinaan terhadap Rasulullah secara terbuka di media sosial.

PERHIMPUNAN
 

Ketua Penerangan Ulama Pas Pusat, Mohd. Asri Daud berkata, Kerajaan Persekutuan perlu bersikap tegas dengan menguatkuasakan undang-undang serta mengenakan hukuman berat terhadap individu yang didapati menghina Nabi Muhammad.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata beliau, umat Islam di negeri ini bangkit beramai-ramai hari ini bagi memberi amaran kepada puak penghina nabi dan Islam supaya tidak mengulangi perbuatan itu.

“Langkah ini penting bagi memastikan rakyat Malaysia menghormati Islam dan tidak sesekali mudah mencerca nabi utusan Allah SWT.

“Kita kesal kerajaan PH tidak bertegas dengan penghina nabi, hanya tahan tiga hari, kemudian dilepaskan. Itu tidak menunjukkan ketegasan sebagai sebuah negara Islam,” katanya ketika Himpunan Bantah Penghinaan Terhadap Rasulullah di Medan Ilmu, di sini hari ini.

Baru-baru ini tindakan beberapa individu yang merupakan rakyat tempatan menghina Nabi Muhammad dalam pelbagai platform laman media sosial telah mencetuskan rasa marah dalam kalangan umat Islam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN