Lif untuk wanita, 
apa salahnya? - Utusan Malaysia

Lif untuk wanita, 
apa salahnya?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMALAM Akak Cute singgah sekejap kat sebuah pusat beli-belah. Kebetulan nak beli barang sikit. Pergi sorang-sorang jelah senang sikit. Kalau bawa anak berderet nanti barang kita tak terbelilah jawabnya. Sibuk melayan diorang nak itu, nak ini.

Lokasi kedai yang Akak Cute nak beli ni terletak di tingkat 4. Sebab nak cepat, naik lif jelah senang. Terus sampai ke tempat dituju. Akak Cute dari tingkat bawah, tiba-tiba lif tersebut berhenti di tingkat dua dan masuk seorang lelaki. Tengok lelaki itu kepala botak muka ala-ala penyamun pula. Terus teringat kes seorang wanita yang menjadi mangsa samun dalam lif di stesen MRT, baru-baru ini.

Berderau juga darah time tu. Akak Cute apa lagi, berdesup tekan butang untuk buka pintu lif dan cepat-cepat keluar. Kursemangat! Ambil nafas sekejap. Bila perasaan berdebar hilang, ambil keputusan nak guna eskalator sahaja. Tak berani dah nak masuk lif akak oi.

Memuatkan artikel berkaitan…
 

Aduhai penatnya lah jadi perempuan ni. Nak kena hati-hati sentiasa. Dah la kerja tertangguh hanya kerana nak kena turun naik eskalator semata-mata takut duduk berdua dalam lif dengan lelaki. Tak pasal-pasal kerja yang cepat jadi lambat. Mungkin kemudahan yang ada di negara ini hanya dicipta untuk lelaki je gamaknya. Perempuan tak boleh guna sebab bahaya. Sepatutnya golongan lelaki ni dilarang guna lif kalau setakat nak naik satu dua tingkat. Bukannya perempuan yang perlu mengelak daripada menggunakannya. Apatah lagi kemudahan itu sepatutnya digunakan untuk orang yang tidak berupaya seperti orang tua, ibu bapa yang membawa stroller anak atau membawa troli barangan membeli-belah. Tapi nampaknya ia disalahgunakan lelaki yang gagah perkasa ini.

Lelaki sepatutnya menjadi pelindung wanita. Dalam Islam pun ada menyatakan lelaki adalah pemimpin bagi wanita dan sah-sah menjadi penyelamat kepada kaum lemah ini jika di­timpa kesusahan. Bukannya mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita. Cubalah ingat sikit kejahatan yang korang nak buat ke atas mana-mana perempuan itu mungkin adik, kakak, sepupu sepapat atau emak korang sendiri. Tolonglah ada simpati sikit sebelum nak menganiayai mereka ini.

Sebelum ini kerajaan dah buat macam-macam sistem untuk memastikan keselamatan golongan wanita. Ada buat koc tren khusus untuk wanita, tempat parking khas untuk wanita. So mungkin sudah tiba masanya kena buat lif untuk wanita pulalah kan kalau dah begini rupanya tahap keselamatan di Malaysia ini. Tapi janganlah pula ada lelaki-lelaki yang muka tak malu pergi masuk pula zon wanita ni. Kecualilah ada yang spesis ‘dua alam’. Maaf cakap. Tetapi inilah realitinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN