Lelaki dengan pisau terbenam di belakang tinggalkan wad untuk merokok - Utusan Malaysia

Lelaki dengan pisau terbenam di belakang tinggalkan wad untuk merokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAZAN, Rusia – Seorang lelaki dengan sebilah pisau terbenam di belakang badannya sanggup menahan sakit berjalan keluar dari wad sebuah hospital di sini baru-baru ini, semata-mata mahu merokok.

Lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Vladamir, 34, dirakam berjalan dengan memakai seluar pendek dan berlumuran darah sehingga mengejutkan doktor serta jururawat di Hospital Daerah Zelenodolsk. Dia juga tidak mempedulikan teguran orang di sekelilingnya ketika itu.

“Berapa jauh kamu mahu pergi? Di luar itu cuaca sejuk. Mari, ambil satu suntikan kemudian kamu boleh pulang,” kata seorang jururawat kepadanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jururawat yang merakam video tindakan gila lelaki tersebut turut kedengaran menyoal sama ada Vladimir sudah gila kerana tetap mahu merokok meskipun suhu di luar hospital mencecah -10 darjah Celsius.

Seorang jurucakap hospital mengesahkan Vladimir sudah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan pisau tersebut dan kini berada dalam keadaan stabil. Bagaimanapun, punca lelaki itu ditikam tidak didedahkan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN