[VIDEO] Kontroversi: PH sarung bunga malai pada majlis Orang Asli - Utusan Malaysia

[VIDEO] Kontroversi: PH sarung bunga malai pada majlis Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 27 Feb. – Pakatan Harapan (PH) mencetuskan kontroversi dalam tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang berbaki dua hari lagi.

Video oleh AZMAN IBRAHIM

Kali ini bukan mengenai pemberian hadiah atau sumbangan, sebaliknya berkaitan tindakan tidak menghormati adat dan budaya orang lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

Peribahasa Melayu ada menasihatkan, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.

Apa yang ingin disampaikan di sini adalah terdapat acara menyarung bunga malai dan memakaikan selendang penghormatan kaum India pada majlis santuni Orang Asli di Kampung Kachau Luar dan Dalam di sini petang tadi.

Pemberian itu dikatakan daripada aktivis, P. Ravi kepada calon PH, Muhammad Aiman Zainali dan dua pemimpin masyarakat Kampung Kachau Luar dan Dalam iaitu Abok Hamid serta Zainal Kilong.

Ramai yang tertanya tujuan acara menyarungkan kalung bunga malai dan selendang tersebut sedangkan majlis berkenaan adalah merupakan anjuran PH bersama Orang Asli.

Bagaimanapun, pihak penganjur mungkin mempunyai alasan tersendiri.

Apa pun, ucapan Muhammad Aiman pada majlis yang dihadiri kira-kira 100 Orang Asli itu amat meyakinkan dan disambut baik oleh para penduduk di sana. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN