VIENNA 27 Feb. – Polis Austria berjaya menumpaskan ‘rangkaian aktif doping antarabangsa’ dalam siri tangkapan dan serbuan di sini serta Jerman baru-baru ini.
Operasi tersebut juga melibatkan Austria resort of Seefeld yang ketika ini menjadi tuan rumah Kejohanan Ski Nordic Dunia.
Pejabat Jenayah Persekutuan Austria dalam kenyataan berkata, seorang atlet Kazakhstan, Austria (dua) dan Estonia (dua) antara yang ditahan dalam serbuan berkenaan.
Katanya, rangkaian itu berpangkalan di Erfut, Jerman yang ‘sangat dipercayai menjalankan doping darah kepada atlet elit.
Ia digunakan bagi meningkatkan prestasi dalam pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta meraih keuntungan haram daripada itu.
Sembilan orang ditahan secara keseluruhan dan 16 hartanah digeledah dalam operasi dipanggil ‘Operasi Bloodletting’.











