Isu Universiti Muhammadiyah: Tindakan sewajarnya diambil - Utusan Malaysia

Isu Universiti Muhammadiyah: Tindakan sewajarnya diambil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 26 Feb. – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik (gambar) berkata, pi­haknya mengambil maklum mengenai keprihatinan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam isu pembinaan Universiti Muhammadiyah di negeri berke­naan.

MASZLEE MALIK

Sehubungan itu menurut­nya, tindakan sewajarnya akan diambil berhubung perkara tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam masa sama Maszlee berkata, Educity Pagoh sememangnya dibina untuk me­nempatkan universiti dari luar negara serta tempatan.

“Kami mengambil maklum mengenai keprihatinan istana dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, Tunku Ismail dilaporkan menolak cadangan pembinaan Universiti Muhammadiyah di Pagoh pada masa depan.

Menurut beliau, fahaman itu bercanggah dengan fatwa negeri Johor dan dibimbangi boleh menimbulkan kekeliruan dalam ka­langan masyarakat Is­lam di negeri ber­kenaan.

Akhbar Utusan Malaysia sebelum ini menyiarkan kenya­taan Maszlee yang menyokong pembinaan kampus Universiti Muhammadiyah Prof. Dr. Hamka (Uhamka) di negara ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN