TPM lancar dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan negara - Utusan Malaysia

TPM lancar dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini melancarkan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (DKKPN) bagi melindungi hak asasi pekerja serta mendapatkan persekitaran pekerjaan yang selamat, sihat dan kondusif.

Beliau berkata, dasar yang dipersetujui Jemaah Menteri dan ditandatangani Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menunjukkan komitmen dan kesungguhan kerajaan dalam meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di negara ini. 

“Dasar ini mesti dihormati oleh majikan dan pekerja. Jika tidak, ini boleh mengakibatkan pelanggaran perundangan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tindakan punitif akan diambil oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) seperti notis, sita, kompaun dan tindakan mahkamah di semua sektor pekerjaan. Ia bukan lagi sekadar cakap-cakap, ” katanya ketika berucap pada majlis anugerah cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2018 dan pelancaran DKKPN di sini hari ini. 

Tambahnya, dasar berkenaan adalah sebahagian daripada Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2016-2020 dan merupakan sejarah baharu dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan di negara ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini