Liverpool tak mungkin juara - Utusan Malaysia

Liverpool tak mungkin juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 27 Feb. – Pengurus sementara Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer percaya, Liverpool tidak memiliki skuad yang bagus untuk merangkul Liga Perdana Inggeris musim ini.

Solskjaer memberitahu pe­main­nya dia tidak gembira sekadar 0-0 dengan Liverpool di Old Trafford, Ahad lalu sedang­kan lawan mereka bukanlah pasukan yang hebat.

Akhbar The Sun melaporkan, Solskjaer memberitahu pemainnya, Liverpool hanya pandai ber­main serangan balas, sukar me­nem­busi benteng lawan menerusi hantaran pendek, selain kurang kreativiti.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurulatih kelahiran Norway itu juga memberitahu pemainnya, Liverpool sebenarnya tidak mempunyai pasukan sebagus United, biarpun mendahulu Liga Perdana ketika ini.

“Ole sangat berang apabila pa­sukannya gagal menembusi Liverpool kerana dia percaya, lawan mereka sebenarnya tidak cukup hebat untuk mengalahkan Manchester City dalam pe­re­butan gelaran.

“Dia percaya, Reds kurang kreativiti dan Manchester Uni-ted sebenarnya jauh lebih baik daripada mereka,” kata sumber kepada The Sun.

Selepas mengharungi 27 per­la­wanan musim ini, Liverpool mendahului liga dengan 66 mata menerusi 20 kemenangan, enam seri dan satu kalah.

United pula terkeluar daripada kelompok empat terbaik iaitu slot automatik ke Liga Juara-Juara musim depan apabila menghuni tangga kelima dengan 15 kemenangan, tujuh seri dan lima kalah.

Sementara itu, penge­ndali Reds, Jurgen Klopp masih berkeyakinan tinggi pasukannya mampu menamatkan penantian 29 tahun untuk bergelar juara, meskipun tidak gembira dengan prestasi yang ditunjukkan, ming­gu lalu.

“Perjalanan masih panjang dan masih cukup meyakinkan,” ujar Klopp. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini